Selamat Datang Ke Blog Jom Gelak2.

ketawa itu adalah penawar yang paling mujarab. semoga terhibur...

Sunday, May 4, 2008

NENEK TUA

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. di mana aku letak bayiku tadi.."

HUKUMAN UNTUK GURU




Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim. "Jadi anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."





DIAM KETIKA MAKAN


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.

Anak : "Ayah, di..."

Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"

Setelah selesai makan...

Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"

Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

POSMEN


Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumussalam "

" Ni rumah encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "" Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje"

BAJU



Suatu hari seorang ibu yang tua pergi kerumah anaknya yang baru berkahwin. Dia terkejut apabila melihat anak perempuan tanpa seurat benang pun menanti suaminya pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada anaknya dengan penuh hairan.


Ibu : Nak nape tak cukupkah wang suami kamu untuk membeli sehelai pakaian sehingga kamu berkeadaan begini.


Anak : Taklah abang suka cam ni mak. dan dia lebih sayangkan saya kalau saya berkeadaan begini. Lalu ibunya pulang kerumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa seurat benang di bajunya.


Ayah : Nape maknya tak iron dulu baju tu....Lain kali sebelum pakai baju tu iron dulu supaya ia tak berkedut.


Ibu : ????????

100%

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.

"Iya ke??.. macam ni lah anak mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."

DIAM

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.
"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara,

"Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis."


Friday, May 2, 2008

I'M SORRY

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.
Gadis : "I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan
oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "


DENGAN PENUH SENYUMAN

Dengan penuh senyuman seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan di hadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan.."Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

ADIK-BERADIK

Di sebuah sekolah tadika, seorang guru sedang menyoal anak muridnya..
Cikgu: "Ijoi, awak ada berapa orang adik-beradik?"
Ijoi : "Ada tiga, cikgu."
Cikgu: "Awak yang paling tua, ke?"
Ijoi : "Bukan saya, datuk saya...".